Jutawan Yang Belum Anda Kenali

{ Posted on 3:10 AM by Danielave }
Jutawan Yang Belum Ada Kenali

Harga; Percuma Pengarang: Muhammad Amin AlFarabi

Tahun penerbitan : 2005

Sekiranya ahli-ahli perniagaan internet amat berbangga dengan e-book atau buku ‘Rich Dad & Poor Dad’ ,bagi saya e-book ini cukup dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk menceburi bidang perniagaan internet yang tiada batasan.

E-book memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan

minda anda untuk menjadi seorang usahawan dimana anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula,

teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh

merealisasikan idea projek anda untuk menjadi

usahawan daripada rumah.

Penulis juga ada memberikan tips-tips menarik seperti bagaimana nak mendapatkan iklan secara percuma, jenis-perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah dan seni menjadi seorang jurujual yang baik.

Antara yang menarik minat saya ialah mengenai aspek persepsi pelanggan dan kehendak seorang pelanggan yang diceritakan dengan begitu baik dalam e-book ini.

E-book ini juga ada menyelitkan kisah kisah jutawan dunia dan jutawan Malaysia seperti J.Paul Getty,Datuk Loh Boon Siew dan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.Walaupun mereka ini bukanlah jutawan internet tetapi anda masih boleh mengambil sedikit pengajaran melalui tulisan saudara Muhd Amin Al Farabi ini untuk diterapkan dalam perniagaan anda.

Sebagai penulis blog ini saya amat menyarankan anda mendapatkan e-book ini sebagai pembacaan sampingan yang dapat memberikan ilham dan perangsang untuk anda terus berjuang dalam perniagaan internet.

Untuk mendapatkan e-book ini anda boleh mendapatkan melalui dengan menghantarkan e-mail kepada ktjshop#yahoo.com ( gantikan # kepada @ ) secara percuma. Nyatakan subjek 'Jutawan Yang Belum Anda Kenali' di dalam e-mail anda.

PERHATIAN : ANDA DILARANG SAMA SEKALI MELAKUKAN SPAM .Email anda mungkin akan disekat atau ditamatkan kerana perbuatan anda.

No Response to "Jutawan Yang Belum Anda Kenali"