Pengenalan
Informasi e-book Anda
KTJshop
Selamat datang ke laman blog Kedai Tepi Jalan
Pengenalan
Apa ada di sini?
Di sini saya memaparkan koleksi e-book khasnya yang telah dihasilkan oleh rakyat
Anda juga boleh memberi komen atau apa jua pendapat mengenai e-book sama ada yang dipaparkan di sini ataupun yang telah dibeli oleh anda.
Semua pendapat atau review yang terpapar di sini adalah panduan kepada kita dalam memilih sesebuah e-book. Disini juga saya memberikan beberapa e-book percuma untuk anda sebagai tanda terima kasih diatas perhatian anda kepada lama blog ini.E-book percuma akan diberikan mengikut kesesuaian dan dari masa kesemasa.
Siapa saya?
Saya adalah peminat e-book dan juga ahli perniagaan separuh masa. Minat saya dalam membuat koleksi e-book amat mendalam kerana saya berpendapat ianya adalah satu cara terkini dalam mendapatkan maklumat. E-book berkemungkinan akan menggantikan buku -buku biasa kerana dengan e-book anda boleh berinteraksi dan mendapat gambaran atau penerangan yang lebih baik.
E-book dapat dimasuk
Saya banyak membuat "surf" dan mencari informasi mengenai sesuatu e-book di dalam internet namun saya mendapati agak kurang laman web yang memberi informasi mengenai e-book seperti yang saya mahukan.Kebanyakkannya cuma memberi gambaran ringkas tetapi setelah saya membeli e-book tersebut agak menghampakan. Banyak juga saya mengalami kerugian. Namun atas minat mendalam saya masih lagi terus mencari dan membeli e-book di pasaran internet .
Mengapa saya membuat blog ini?
Seperti yang saya saya begitu berminat dengan e-book. Saya cuma memberi sedikit panduan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli e-book dapat informasi sebenarnya mengenai e-book tersebut. Dengan itu pembelian e-book tersebut tidaklah merugikan. Dalam dunia internet terlalu ramai yang ingin menjual berbagai barangan termasuk e-book. Kadangkala kita membeli e-book yang tidak begitu berguna kepada kita.Atas sebab inilah saya membuat blog ini.
Matlamat saya?
Memberi pandangan sesuatu e-book yang berada di pasaran dan membuat ulasan mengenainya agar pembeli dan pembaca e-book tersebut dapat informasi sedikit sebanyak mengenai e-book yang akan mereka beli.
Anda bagaimana?
Anda boleh juga memberikan sumbangan idea atau pendapat atau ulasan mengenai e-book yang saya ulas atau e-book yang anda miliki sendiri. Anda boleh hubungi saya melalui email ktjshop[at]yahoo.com.
Tips untuk anda membeli e-book .
Tips yang mudah ialah dengan menjadi Affiliates kepada Penjual e-book tersebut. Dengan membeli e-book tersebut anda akan mendapat kembali sedikit wang hasil pembelian anda. Ini adalah cara untuk mendapat diskaun secara 'indirect' dari penjual.Bagaimanapun sekarang banyak penerbit ebook menghalang cara begini. Sekiranya anda minat menjual anda boleh mendapatkan pula keuntungan melaluinya.Hasil jualan dapat mengembalikan modal anda.
Kadangkala untuk menjadi Affiliates memerlukan sedikit modal. Namun biasanya ianya percuma ( tak memerlukan apa-apa bayaran )

Kedai Tepi Jalan adalah sebahagian dari KTJShop subsidiari .Bermula dari tahun 2007 saya mengembangkan perniagaan internet bermula dari kosong dan tanpa pengetahuan mengenai komputer dan internet yang mendalam. Alhamdullilah saya berjaya juga meneruskan perjuangan untuk mencapai impian saya dalam serba kekurangan. Sila ke webpage induk peribadi www.taufikramly.com untuk mengenali saya | 
No Response to "Pengenalan"
Post a Comment