Tak Perlu Kerja !

{ Posted on 12:38 AM by Danielave }

Tak Perlu Kerja




Harga RM40.00 Pengarang : Anonymous

Panduan Tak Perlu Kerja adalah sebuah e-book yang amat berguna jika anda ingin menceburi bidang perniagaan internet khasnya ‘Affiliates Marketing’ . Anda mungkin terlihat banyak iklan PPC dalam Google iaitu Tak Perlu Kerja dan sebagainya. Ini memperlihatkan keberkesanan e-book ini.

E-book ini banyak membicarakan cara mudah yang anda perlu lakukan untuk menjadi affiliates dan bagaiman anda hendak mempromosikannya.

Antara teknik yang diperbincangkan dalam e-book ini ialah mengenai penggunaan Adwords,teknik penjualan ‘offline’ dan ‘internet marketing’.

Bagaimanapun saya dapati masih ada sedikit kekurangan dalam e-book ini dimana sekiranya anda yang msih baru dalam perniagaan internet banyak pertanyaan yang perlu anda kupasi dan mencari jawapan.

Apa yang menarik mengenai e book Tak perlu kerja ialah cara-cara menghasilkan pendapatan dalam masa 7 minit. Sekiranya anda mengikut secara terperinci arahan yang diberi ,anda akan beroleh pendapatan anda sendiri melalui teknik-teknk yang diberikan .

Untuk mendapatkan Panduan Tak perlu Kerja anda boleh dapatkan di bawah:

Tawaran "Ebook Tak Perlu Kerja"

Cuma RM10.00 sahaja!!!

Sila buat bayaran ke akaun CIMB 07080032760528 ( Ahmad Taufik )

Kemudian email kepada saya melalui email ktjshop[at]yahoo.com.

Jangan lupa sertakan tarikh dan masa deposit dan juga email anda.

Letakkan tajuk email: Bayaran Ebook Tak Perlu Kerja


Terima kasih.



Jutawan Yang Belum Anda Kenali

{ Posted on 3:10 AM by Danielave }
Jutawan Yang Belum Ada Kenali

Harga; Percuma Pengarang: Muhammad Amin AlFarabi

Tahun penerbitan : 2005

Sekiranya ahli-ahli perniagaan internet amat berbangga dengan e-book atau buku ‘Rich Dad & Poor Dad’ ,bagi saya e-book ini cukup dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk menceburi bidang perniagaan internet yang tiada batasan.

E-book memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan

minda anda untuk menjadi seorang usahawan dimana anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula,

teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh

merealisasikan idea projek anda untuk menjadi

usahawan daripada rumah.

Penulis juga ada memberikan tips-tips menarik seperti bagaimana nak mendapatkan iklan secara percuma, jenis-perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah dan seni menjadi seorang jurujual yang baik.

Antara yang menarik minat saya ialah mengenai aspek persepsi pelanggan dan kehendak seorang pelanggan yang diceritakan dengan begitu baik dalam e-book ini.

E-book ini juga ada menyelitkan kisah kisah jutawan dunia dan jutawan Malaysia seperti J.Paul Getty,Datuk Loh Boon Siew dan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.Walaupun mereka ini bukanlah jutawan internet tetapi anda masih boleh mengambil sedikit pengajaran melalui tulisan saudara Muhd Amin Al Farabi ini untuk diterapkan dalam perniagaan anda.

Sebagai penulis blog ini saya amat menyarankan anda mendapatkan e-book ini sebagai pembacaan sampingan yang dapat memberikan ilham dan perangsang untuk anda terus berjuang dalam perniagaan internet.

Untuk mendapatkan e-book ini anda boleh mendapatkan melalui dengan menghantarkan e-mail kepada ktjshop#yahoo.com ( gantikan # kepada @ ) secara percuma. Nyatakan subjek 'Jutawan Yang Belum Anda Kenali' di dalam e-mail anda.

PERHATIAN : ANDA DILARANG SAMA SEKALI MELAKUKAN SPAM .Email anda mungkin akan disekat atau ditamatkan kerana perbuatan anda.

Teknik Simple

{ Posted on 2:36 AM by Danielave }
Teknik Simple

Harga RM10.00 Pengarang: Saudara Mohd Zaki Abu Bakar

Tahun penerbitan : 2007

Teknik Simple adalah antara e-book kedua tebaik saya. Walau bagaimanapun e-book ini masih berkisar mengenai cara-cara menghasilkan wang khasnya untuk anda yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet.

Secara keseluruhan e-book ini penuh dengan illustrasi panduan secara terperinci oleh pengarang . Panduan diberikan dengan teratur dan mudah diikuti.

Melalui teknik mudah di dalam e-book ini anda boleh menghasilkan wang melalui internet.Sekiranya anda telah memiliki e-book Wangblog anda akan membaca terdapat sedikit sebanyak persamaan dalam topik-topik yang disentuh.

Kelebihan e-book ini adalah anda tidak memerlukan laman web atau blog untuk membuat wang.

Anda diberikan penjelasan yang terperinci bagaimana untuk menjana wang melalui laman-laman forum .menjadi penjual atau affiliates kepada sesuatu produk internet dan cara nak menyembunyikan link url affiliates.

Dengan memiliki e-book ini anda boleh memahami sedikit sebanyak selok-belok bagaimana perniagaan internet dijalankan dan bagaimana anda hendak menghasilkan pendapatan melalui internet.

Melalui e-book ini juga anda akan mendapatkan panduan secara peribadi dari pengarang e-book ini .Anda juga memperolehi hak pengedaran semula ( Resale Right ) daripada pengarang.Dapatkan e-book ini dan lihat penerangan yang diberikan.

Untuk mendapatkan e-book ini anda boleh terus ke laman web

http://caramudahjanaduit.blogspot.com

Wang Blog

{ Posted on 2:22 AM by Danielave }
Tags :
Wang blog

Harga: RM 40.00 Pengarang : Saudara Mohd Zaki Abu Bakar

Tahun penerbitan : 2007


Ini adalah e-book pertama saya . saya memiliki e-book ini kerana saya berminat untuk membuat blog sendiri. Saya bukanlah seorang yang pakar komputer atau pun berpengetahuan luas mengenai dunia internet.Melalui e-book ini banyak mengajar saya mengenai cara-cara membuat blog ,asas yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang ingin membuat blog.

E-book ini diterbitkan pada tahun 2007 .Pengarangnya Saudara Mohd Zaki Abu Bakar. Beliau adalah antara penulis e-book
Malaysia yang aktif .


E-book ini sesuai untuk anda mengetahui selok-belok mengenai cara-cara membuat blog sehinggalah kepada cara-cara menghasilkan wang melalui blog anda secara pasif .

Saudara Mohd Zaki banyak menyentuh mengenai cara mudah menghasilkan wang melalui blog. Cara membina blog cuma dibicarakan secara asas sahaja. Kelebihan untuk anda untuk mengetahu cara membina blog dengan blogger dan menghasilkan wang pasif dengan Google Adsense.

Setiap aspek dalam e-book ini diberi penerangan terperinci dan mudah difahami .Banyak tips-tips menarik termasuk cara untuk membuka akaun paypal ,cara untuk menjadikan blog anda mendapat perhatian didalam inetrnet dan cara untuk menjadi Affiliate kepada penjual.

Pengarang juga banyak memberikan link-link menarik seperti Feedburner dan Technocrati.

Melalui e-book ini mengembangkan minat saya untuk membuat blog dan memperkembangkan perniagaan online saya. Kepada anda yang ingin membuat blog ataupun sudah memiliki laman blog patut memiliki e-book i ni. Begitu juga kepada anda yang ingin menjadikan blog sebagai punca pendapatan atau untuk menaikkan pendapatan Google ad Sense anda patut membelinya.

Mungkin kepada peminat blog wordpress agak terkilan sedikit kerana kurang dinyatakan didallam blog ini..Namun banyak aspek yang dinyatakan didalam e-book ini boleh digunapakai untuk peminat blog wordpress.

Kelebihan yang unik memiliki e-book ini adalah anda boleh mendapat tips-tips percuma dan berinteraksi dengan baik dengan pengarang e-book itu sendiri. Saudara Mohd Zaki adalah seorang yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa mahu membantu anda dalam mendalami ilmu perniagaan internet khasnya membuat blog.

####ebook ini sudah tidak dijual lagi ######update 28.12.2009



Pengenalan

{ Posted on 2:13 AM by Danielave }

Informasi e-book Anda

KTJshop





Selamat datang ke laman blog Kedai Tepi Jalan


Pengenalan

Apa ada di sini?

Di sini saya memaparkan koleksi e-book khasnya yang telah dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan juga e-book seluruh dunia amnya.
Anda juga boleh memberi komen atau apa jua pendapat mengenai e-book sama ada yang dipaparkan di sini ataupun yang telah dibeli oleh anda.
Semua pendapat atau review yang terpapar di sini adalah panduan kepada kita dalam memilih sesebuah e-book. Disini juga saya memberikan beberapa e-book percuma untuk anda sebagai tanda terima kasih diatas perhatian anda kepada lama blog ini.E-book percuma akan diberikan mengikut kesesuaian dan dari masa kesemasa.

Siapa saya?

Saya adalah peminat e-book dan juga ahli perniagaan separuh masa. Minat saya dalam membuat koleksi e-book amat mendalam kerana saya berpendapat ianya adalah satu cara terkini dalam mendapatkan maklumat. E-book berkemungkinan akan menggantikan buku -buku biasa kerana dengan e-book anda boleh berinteraksi dan mendapat gambaran atau penerangan yang lebih baik.
E-book dapat dimasuk
kan gambar bergerak dan link-link tertentu untuk memberi pemahaman yang dimahukan.
Saya banyak membuat "surf" dan mencari informasi mengenai sesuatu e-book di dalam internet namun saya mendapati agak kurang laman web yang memberi informasi mengenai e-book seperti yang saya mahukan.Kebanyakkannya cuma memberi gambaran ringkas tetapi setelah saya membeli e-book tersebut agak menghampakan. Banyak juga saya mengalami kerugian. Namun atas minat mendalam saya masih lagi terus mencari dan membeli e-book di pasaran internet
.


Mengapa saya membuat blog ini?

Seperti yang saya saya begitu berminat dengan e-book. Saya cuma memberi sedikit panduan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli e-book dapat informasi sebenarnya mengenai e-book tersebut. Dengan itu pembelian e-book tersebut tidaklah merugikan. Dalam dunia internet terlalu ramai yang ingin menjual berbagai barangan termasuk e-book. Kadangkala kita membeli e-book yang tidak begitu berguna kepada kita.Atas sebab inilah saya membuat blog ini.

Matlamat saya?


Memberi pandangan sesuatu e-book yang berada di pasaran dan membuat ulasan mengenainya agar pembeli dan pembaca e-book tersebut dapat informasi sedikit sebanyak mengenai e-book yang akan mereka beli.

Anda bagaimana?

Anda boleh juga memberikan sumbangan idea atau pendapat atau ulasan mengenai e-book yang saya ulas atau e-book yang anda miliki sendiri. Anda boleh hubungi saya melalui email ktjshop[at]yahoo.com. Ada hadiah untuk ulasan terbaik bagi e-book yang anda miliki sekiranya ulasan anda dipaparkan di laman blog ini!

Perhatian anda tidak dibenarkan menghantar sebarang e-mail spam di email ini.



Tips untuk anda membeli e-book .

Tips yang mudah ialah dengan menjadi Affiliates kepada Penjual e-book tersebut. Dengan membeli e-book tersebut anda akan mendapat kembali sedikit wang hasil pembelian anda. Ini adalah cara untuk mendapat diskaun secara 'indirect' dari penjual.Bagaimanapun sekarang banyak penerbit ebook menghalang cara begini. Sekiranya anda minat menjual anda boleh mendapatkan pula keuntungan melaluinya.Hasil jualan dapat mengembalikan modal anda.
Kadangkala untuk menjadi Affiliates memerlukan sedikit modal. Namun biasanya ianya percuma ( tak memerlukan apa-apa bayaran )