Showing newest posts with label wang blog. Show older posts
Showing newest posts with label wang blog. Show older posts

Wang Blog

{ Posted on 2:22 AM by Danielave }
Tags :
Wang blog

Harga: RM 40.00 Pengarang : Saudara Mohd Zaki Abu Bakar

Tahun penerbitan : 2007


Ini adalah e-book pertama saya . saya memiliki e-book ini kerana saya berminat untuk membuat blog sendiri. Saya bukanlah seorang yang pakar komputer atau pun berpengetahuan luas mengenai dunia internet.Melalui e-book ini banyak mengajar saya mengenai cara-cara membuat blog ,asas yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang ingin membuat blog.

E-book ini diterbitkan pada tahun 2007 .Pengarangnya Saudara Mohd Zaki Abu Bakar. Beliau adalah antara penulis e-book
Malaysia yang aktif .


E-book ini sesuai untuk anda mengetahui selok-belok mengenai cara-cara membuat blog sehinggalah kepada cara-cara menghasilkan wang melalui blog anda secara pasif .

Saudara Mohd Zaki banyak menyentuh mengenai cara mudah menghasilkan wang melalui blog. Cara membina blog cuma dibicarakan secara asas sahaja. Kelebihan untuk anda untuk mengetahu cara membina blog dengan blogger dan menghasilkan wang pasif dengan Google Adsense.

Setiap aspek dalam e-book ini diberi penerangan terperinci dan mudah difahami .Banyak tips-tips menarik termasuk cara untuk membuka akaun paypal ,cara untuk menjadikan blog anda mendapat perhatian didalam inetrnet dan cara untuk menjadi Affiliate kepada penjual.

Pengarang juga banyak memberikan link-link menarik seperti Feedburner dan Technocrati.

Melalui e-book ini mengembangkan minat saya untuk membuat blog dan memperkembangkan perniagaan online saya. Kepada anda yang ingin membuat blog ataupun sudah memiliki laman blog patut memiliki e-book i ni. Begitu juga kepada anda yang ingin menjadikan blog sebagai punca pendapatan atau untuk menaikkan pendapatan Google ad Sense anda patut membelinya.

Mungkin kepada peminat blog wordpress agak terkilan sedikit kerana kurang dinyatakan didallam blog ini..Namun banyak aspek yang dinyatakan didalam e-book ini boleh digunapakai untuk peminat blog wordpress.

Kelebihan yang unik memiliki e-book ini adalah anda boleh mendapat tips-tips percuma dan berinteraksi dengan baik dengan pengarang e-book itu sendiri. Saudara Mohd Zaki adalah seorang yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa mahu membantu anda dalam mendalami ilmu perniagaan internet khasnya membuat blog.

####ebook ini sudah tidak dijual lagi ######update 28.12.2009